Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.
Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.
Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor
1) Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun dan ke atas; DAN
2) Pengundi di Negeri Selangor; DAN
3) Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
4) Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (bukan kelahiran Negeri Selangor)
* Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
1) Permohonan SKWS hanya diterima secara atas talian (online) sahaja.
2) Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau secara emel di pendaftaranskws@gmail.com
3) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:
a. salinan Kad Pengenalan pemohon
b. borang permohonan online
(jika bukan kelahiran Negeri Selangor PERLU dapatkan pengesahan mastautin)
c. salinan semakan daftar pemilih (SPR) pemohon
1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)
2. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)
3. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)
4. KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)
5. MAKNA
6. BEACON HOSPITAL SDN BHD
7. AURELIUS HOSPITAL NILAI
8. SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)
9. KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)